Pages

please like my fan page :)

gaza need support from yours

gaza need support from yours
Muslim Care Malaysia Society

ujian


Bismillahirahmanirahim..
assalamualaikum :)
Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. 
Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.
Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.
Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.
Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.
Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.
Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.
Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Disampin itu, Allah menguji kita atas 3 sebab iaitu Allah ingin mengingatkan kita supaya kembali kepadaNya atau ke landasan yang benar, yang kedua Allah menguji hambanya untuk menghukumnya atas kesilapan yang telah dilakukan dan yang ketiga Allah menguji hambanya untuk meningkatkan iman mereka. Jadi bersabarlah dalam ujian yang Allah beri. Orang Islam kena kuat insyaAllah.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.
Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Doa untuk menghadapi ujian.




sekian, yang baik itu daripada Pencipta(Allah) dan yang kurang itu daripada kesilapan saya sebagai manusia biasa.

selamat beramal :)

Wallahu'alam



iman


assalamualaikum :)



bila sebut je pasal iman semua macam amik mudah je. tapi ingat, jika iman tidak memenuhi 3 syarat ni boleh batal akidah seseorang iaitu membenar dengan hati, melafaz dengan lisan dan melakukan dengan perbuatan. bagi yang baru lepas ting 5 aliran agama memey fasih la tentang benda ini. hehe.

sebonarnya admin nak cite tentang kisah 3 tawanan perang orang islam oleh orang yahudi. saje je mula dengan iman :) sebab kedua-duanya ada kaitan hehe.

pada zaman itu, 3 tawanan orang islam diuji Allah berdasarkan raja yahudi yang memberi mereka pilihan sama ada untuk MURTAD atau MATI(syahid).

pada mulanya, orang islam diberi pilihan.

"jika kau murtad, aku akan bagi kepada kau perempuan, kambing, unta, money, honey and bagai laa. tetapi jika kau enggan, nescaya akan aku pancung." kata raja yahudi tersebut.

"tidak payah nak berdramalah dengan aku. aku tetap dengan agama aku bahawasanya "tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad S.A.W itu pesuruh Allah" jawab lelaki islam itu yang sangat ringkas dan  yakin.

lalu lelaki itu dipancung dengan serta merta .bergolek-golek kepalanya di atas tanah apabila dipancung dan terlontar dari mulut lelaki itu dengan kata-kata yang ada di dalam Al-Quran iaitu "orang yang mati(syahid) dan berjuang di jalan Allah sebenarnya tidak mati kerana mereka dapat melihat keindahan syurga sebaik sahaja nyawa mereka ditarik"

terkejut raja yahudi itu. kemudian raja tersebut menyoal kepada tawanan kedua. apa yang berlaku adalah sama seperti yang dilakukan oleh tawanan pertama yang tetap dengan pendirian mereka bahawa "tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad S.A.W itu pesuruh Allah."

apabila dipancung kepala tawanan kedua itu maka terlontar la sekali lagi ayat AlQuran ( maaf admin tidak ingat bunyinya macam mana ).

apabila tiba giliran tawanan perang yang terakhir.

"macam mana, sanggup ke kena pancung kepala. kalau tidak murtad." kata raja yahudi tersebut.

lalu lelaki tawanan perang yang ketiga itu menjawab.

"boss, sy sanggup murtad dan akan mempertahankan agama boss." kata tawanan perang ketiga tersebut.

lalu raja tersebut hairan serta berbincang seketika dengan orang kanannya. dan keputusannya.

"x pe la. aku tidak perlu orang seperti engkau kerana pendirian kau tidak tetap. lebih baik aku ambil tawanan perang yang pertama dan yang kedua untuk menjadi hamba aku kerana pendirian mereka yang tetap. kalau orang seperti kau yang aku ambil, tidak akan tetap bersamaku. sekiranya berjumpa dengan sesuatu yang lebih baik dan masyuk dari aku, pasti kau akan beralih. lebih baik aku pancung kau. bye2" kata raja yahudi tersebut 

lalu tawanan perang yang ketiga itu dipancung lalu keluar ayat Al-Quran yang membinasakan orang islam seperti ini. btw orang islam sebegini digelar sebagai munafiq. moge kita tidak tergolong dalam golongan ini.

haaa. itu saja dari admin mlm nih. moge ambil pengajaran. lgi satu, yang baik itu dari Allah, yang kurang itu kelemahan admin. 


doa ditetapkan pendirian :)



berubah :)


Berubah . Bukan senang kan ? Some people need strength to change . And certain people berubah tanpa perlukan apa-apa . Kadang-kadang kita lebih pentingkan cakap orang daripada keperluan kita berubah . Kita fikir kalau kita berubah , nanti orang taknak kawan dengan kita . Kita fikir kalau kita berubah orang taknak jalan seiring dengan kita . Mungkin orang akan rasa macam kita tak layak nak berdampingan dengan diorang .

Tapi kita terlupa . Susah ALLAH nak gerakkan hati seseorang hambaNYA untuk berubah . ALLAH cuma akan bagi hidayah dekat hamba yang Dia nak . Ya ALLAH , tak rasa beruntung ke bila ALLAH dah gerakkan hati kita untuk berubah ? Buad apa nak fikir pandangan orang dekat kita ? Hidayah ALLAH atau pandangan orang yang penting sekarang ? ALLAH maha adil . Bila Dia nak kita berubah , Dia akan jadikan sahabat-sahabat kita dari kalangan orang yang baik-baik . InsyALLAH .





Peluang tak datang berkali-kali . Rebutlah peluang tu sementara peluang masih ada depan mata . Berubah lah . InsyALLAH ALLAH akan tolong kita . Tak payah fikirkan sangat apa orang fikir or kata pasal kita . Anggap je tu antara dugaan orang yang nak berubah . Manusia takkan pernah rasa puas hati dengan sesuatu . Kadang-kadang bila buad baik pun salah , apatah lagi kalau buad jahat . So buad apa nak ambik pusing dengan apa yang orang cakap dekat korang . Aja aja hwaiting ! :)

Sempena dengan maulidau raul yang dah lepas ni , jomlah kita buat perubahan . Kalau tak banyak , sikit pun jadilah . Semoga apa yang kita buat ni mendapat keredhaan ALLAH :) Ameen~