Pages

please like my fan page :)

gaza need support from yours

gaza need support from yours
Muslim Care Malaysia Society

tahajud

"Dan bangunlah pada sebahagian dari malam serta kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu sebagai solat tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkit kamu pada hari akhirat di tempat yang terpuji." (Quran, Al-Israa', 17:79)

tips-tips bangun tahajud :

1 buat witir sebelum.
2 tido selewat-lewatnya pukul 11/12.
3 baca doa tidoq.
4 baca "bismillahi tawakaltu 'alallahi".
5 baca surah Al-Ikhlas 3x,
6 baca surah Al-Falaq.
7 baca surah An-Nas.
8 baca surah Al-mulk.
9 baca surah Al-sajadah.
10 tido badan menghadap ke kanan.
11 ingat Allah semasa hendak tido.
12 muhasabah diri.
13 kalau boleh buka ayat Al-Quran (guna elektronik, buka handphone ke)

tahajud ini umpama jihad. kalau nk berjihad kena berkorban.
jom pakat ramai-ramai bangun tahajud di malam hari.
moga Allah menjemput kita dalam keadaan kita melakukan sebaik-baik amal terhadapnya insyaAllah.
 

politik


Assalamualaikum W.B.T
sebelum tu ana tidak membelahi mana-mana pihak. bagi yang terhasa hati. ana minta maaf awal-awal sebelum terlanjur. perkongsian ini untuk mereka yang kurang paham tentang apa yang dipejuangkan dalam berpolitik. cuba kita fikir sejenak, apa matlamat kita dalam hidup ni? kenapa Allah hidupkan kita ni ? kenapa begitu tidak begini ? macam itu jugalah dengan politik. apa matlamat kita berpolitik ? apa yang diperjuangkan ? agama ? ataupun bangsa ? ataupun kuasa ? cuba kita fikirkan. 
dalam solat, kita ada membaca doa iftifah. sebaris ayat itu membawa maksud "sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam." lepas ini kita muhasabah balik diri kita dalam berpolitik ni. sama ada kita perjuangkan agama Allah ataupun tidak. ada hadis berbunyi “Sesungguhnya golongan Bani Israel berpecah kepada 72 golongan dan umatku akan berpecah kepada 73 golongan, kesemua mereka di dalam neraka kecuali satu. (Sahabat-sahabat) bertanya: ‘Siapakah yang satu itu wahai Rasulullah?’ Nabi menjawab: Mereka yang mengikut landasan yang aku dan sahabatku bawa”. moga kita tidak tersilap pandangan dan pegangan terhadap apa yang dipejuangkan insyaAllah.
disini saya ada perkongsian "kenapa PAS dan PKR bergabung dengan DAP" yang dibicarakan oleh YAB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,
DUNGUN: Kerjasama PAS dengan orang bukan Islam adalah kerjasama yang dibenarkan dalam Islam selagi tidak melanggar dasar prinsip Islam.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, kerjasama PAS dengan PKR dan DAP tidak boleh disamakan dengan kerjasama Umno dengan MCA dan MIC.
Bercakap di Himpunan PAS Ganti Umno (PGU 6.0) di Dataran PGU Paka, dekat sini malam tadi, Ustaz Hadi berkata, PAS tetap dengan prinsip mereka yang mengangkat martabat Islam walaupun bekerjasama dengan orang bukan Islam dalam politik.
Beliau membacakan ayat lapan Surah Al-Mumtahanah yang bermaksudi: "Allah tak melarang kamu mengadakan hubungan dengan orang kafir yang tidak memerangi kamu dan tidak menghalau kamu dari tanah air".
"Dia (Umno) kata dulu PAS kata tak boleh kerjasama dengan orang kafir pada tahun 60-an dulu (tapi) sekarang kita pula kerjasama dengan kafir.
"Kerjasama Umno, MCA dan MIC haram kerana kerjasama yang menggadai dasar, prinsip, akhlak dan keperibadian orang Islam.
"Kerjasama PAS, kita dengan sifat kita, kekuatan kita. Macam ikan dalam laut tetap segar walaupun air masin.
"Kerjasama Umno dengan orang bukan Islam, (mereka) jadi hanyut, arak dan judi kalau ada lesen halal. Kalau tak ada lesen haram. PAS tegas, yang haram tetap haram," katanya di hadapan kira-kira 50,000 hadirin.
Beliau juga berkata, PAS tegas dengan prinsipnya dan bebas memecat ahli yang melakukan kesalahan.
Ini katanya berbeza dengan Umno kerana Umno memisahkan agama dan politik.
"Dulu selepas PAS bekerjasama dengan Perikatan, ada wakil rakyat PAS menari. Maka PAS pecat dia.
"Dalam PAS kalau kita ada wakil rakyat Islam yang minuim arak, berjudi, menari, kalau dapat laporan kita pecat dia.
"Dalam undang-undang Umno tak boleh pecat kerana agama suku politik suku," katanya.
Islam itu mudah, hanya orang complicated sahaja yang menjadikannya susah. Astaghfirullah :)

cinta

Assalamualaikum W.B.T

Cinta. Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu.

Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan.


Kebelakangan ini, ramai manusia seringkali berdoa kepada Allah tentang cinta, tentalng jodoh, tentang hal-hal duniawi. Mereka alpa untuk berdoa agar teguh hati mereka terhadapNya. Lupakah kita siapa yang rmenjadikan kita, siapa yang memberi kita bernafas, siapa yang beri kita udara. Istighfar banyak-banyak sahabat! Bersyukur pada Allah kerana memberi kita kesempatan sehingga hari ini. 

Ubah matlamat hidup, hidup bukan kerana dunia, harta benda, manusia tetapi ingat kerana Allah. Sentiasa tanam dalam hati bahawa tiada tuhan melain Allah. Ingatlah, ikut dunia akhirat tak dapat. Tetapi kalau ikut akhirat, pasti dunia ikut sekali insyaAllah :D




kopiah

Assalamualaikum W.B.T pembuka bicara

Pada suatu hari, seorang muda ini ingin menunaikan solat isya' berjemaah di surau/masjid, lalu dia ternampak kopiah di atas rak di tepi dinding rumahnya. Hatinya ragu-ragu untuk memakainya kerana fesyen barat yang menghasut. Selepas itu, lelaki tersebut terdengar iqamah di masjid, tanpa memikirkan apa-apa, hatinya tergerak untuk mengambil kopiah tersebut lalu terus ke masjid dengan menaiki kereta.

Setelah selesai solat berjemaah, lelaki tersebut pulang ke rumah dengan hati yang terbuka dan berharap agar Allah memandang usahanya yang sedikit itu. Dalam perjalanan pulang, dia ternampak seorang ingin melintas jalan lalu dia memberinya keizinan dengan memberhentikan keretanya seketika, lalu pejalan kaki itu ternampak pemandu kereta itu berkopiah lalu pejalan kaki itu mempelawanya untuk berjalan terlebih dahulu menggunakan isyarat tangan. Mereka berebut-rebut untuk memberi ihsan antara satu sama lain. Selepas itu, lelaki berkopiah pun meneruskan pejalannya pulang ke rumah.

let's follow the Sunnah, may Allah bless us :D