Pages

please like my fan page :)

gaza need support from yours

gaza need support from yours
Muslim Care Malaysia Society

"Time and Space."

Alhamdulillah. 6.30 pagi. Balik dari masjid. Terlihat suasana pagi yang menarik dan indah. Lalu 'snap'. 

Teringat masa mula2 menyapa dunia Architecture dulu, bertemu perkataan 'Time And Space'.

Melayang di benak akal untuk membenarkan bahawa Detik Dan Ruang yang terlihat ini tidak akan berulang lagi.

Dengan simbahan lampu jalan melalui di celah2 sedikit kabus subuh, ianya menghasilkan suasana yang menarik dan indah.

Setiap elemen yang ada, membantu ke arah itu. Termasuk kemampuan diri dan akal insan yang menilai dan menghargainya. 

Tapi sedetik sahaja masa berlalu, pemandangan dan suasana ini akan berubah. Ianya telah pergi.

Bila mentari mula mengintai, kabus kian berkurang. Sinar lampu jalan makin hambar kekuatannya.

'Time And Space'. Hargailah setiap Detik Dan Ruang yang kita lalui. Kerana ianya kita tidak akan temui Detik Dan Ruang ini lagi, kemudiannya.

Ianya akan menjadi sejarah dan akan cuma kita temui bila ianya dibentang ketika Detik Dan Ruang kita mengadap Allah swt, nanti.

Designlah dan rekalah Detik Dan Ruang kita di dunia ini seindah dan semenarik yang boleh dengan menepati ketetapan Allah swt.

Agar ianya bermanfaat dan akan membantu kita, bila kita berada di Detik Dan Ruang mengadap Allah swt, nanti.

Karya Zakaria Latif

Kefahaman memudahkan, kejahilan membebankan !

Terlambat hadir untuk solat isya berjemaah. Masuk sahaja di dalam dewan solat, imam sudah mula membaca doa selepas solat.

"Jom kita solat kat bawahlah," ajak Hariz.

Saya menggangguk. Menuruni tangga pusing kehijauan. Saya menjenguk bilik solat kecil di bawah. Kosong.

"Allahuakbar!" Saya mengangkat takbir. Diikuti oleh Hariz. Pada mulanya kami solat berdua.

Setelah itu hadir beberapa orang makmum yang solat di belakang. Saya memendekkan duduk antara dua sujud. Doa yang sepatutnya dibaca ketika duduk itu saya percepatkan lafaznya.

"Perkara yang aku paling takut bila jadi imam dekat Manchester ni ialah duduk di antara dua sujud dan senggang masa untuk setiap perbuatan dalam solat." Saya menyatakan kerisauan itu pada Hariz.

"Diorang duduk antara dua sujud tu sekejap sangat,"

"Aah. Mazhab Hanafi memang tak da bacaan dalam duduk antara dua sujud."

"Ooh yeke." Saya mengganguk faham. Selama ini saya ingatkan mereka membaca dengan sangat pantas sehingga duduk itu dipendekkan.

Teringat saya pada kisah sahabat Nabi yang solat sangat cepat. Apabila ditanya, rupanya mereka takut jika terlalai dalam solat mereka.

Hadir di kepala kisah Imam As Syafie yang tidak membaca doa qunut ketika solat subuh kerna menghormati mazhab imam Hanafi. 

Cantiknya Islam jika kita memahami fiqh!

Karya HANNAN H.

Kemenangan Islam

Al-Syahid Sayyid Qutb pernah menyatakan :

KENAPA LAMBAT DATANGNYA KEMENANGAN TERHADAP UMAT ISLAM ?

1. Untuk mengeluarkan mereka yang zalim daripada kezaliman yang pernah dilakukan sehinggalah mereka menyatakan : "Tuhan aku adalah Allah"

2. Bagi membina kematangan bagi umat Islam dan menyempurnakan umat yang benar-benar beriman kepada Allah.

3. Sehingga dapat menyatukan seluruh umat Islam dalam satu fikrah dan tindakan.

4. Supaya menjadi medan latihan dan ujian terhadap mereka yang menyatakan : "Aku pejuang Allah".

5. Agar jelas tujuan dan tindakan hanya tulus ikhlas semata-mata kerana Allah dan kalimah Allah tertegak diatas muka bumi.

6. Untuk membina jatidiri umat Islam yang tulen dan solid dengan fikrah Islam yang syumul.

7. Supaya seluruh permukaan bumi dan ceruk dunia bersih daripada kemungkaran dan maksiat manusia kepada Allah.

8. Bagi membina sebuah ketamadunan ummah yang disinari dengan sinar cahaya keadilan, kebaikan dan kemuliaan daripada pemimpin yang benar-benar mengikut manhaj dan dustur daripada Al-Quran dan Al-Sunnah.

* Diringkaskan daripada kitab "لماذا يتأخر النصر؟" karangan al-Syahid Sayyid Qutb (pengarang Tafsir Fi Zilalil Quran)