Pages

please like my fan page :)

gaza need support from yours

gaza need support from yours
Muslim Care Malaysia Society

Kefahaman memudahkan, kejahilan membebankan !

Terlambat hadir untuk solat isya berjemaah. Masuk sahaja di dalam dewan solat, imam sudah mula membaca doa selepas solat.

"Jom kita solat kat bawahlah," ajak Hariz.

Saya menggangguk. Menuruni tangga pusing kehijauan. Saya menjenguk bilik solat kecil di bawah. Kosong.

"Allahuakbar!" Saya mengangkat takbir. Diikuti oleh Hariz. Pada mulanya kami solat berdua.

Setelah itu hadir beberapa orang makmum yang solat di belakang. Saya memendekkan duduk antara dua sujud. Doa yang sepatutnya dibaca ketika duduk itu saya percepatkan lafaznya.

"Perkara yang aku paling takut bila jadi imam dekat Manchester ni ialah duduk di antara dua sujud dan senggang masa untuk setiap perbuatan dalam solat." Saya menyatakan kerisauan itu pada Hariz.

"Diorang duduk antara dua sujud tu sekejap sangat,"

"Aah. Mazhab Hanafi memang tak da bacaan dalam duduk antara dua sujud."

"Ooh yeke." Saya mengganguk faham. Selama ini saya ingatkan mereka membaca dengan sangat pantas sehingga duduk itu dipendekkan.

Teringat saya pada kisah sahabat Nabi yang solat sangat cepat. Apabila ditanya, rupanya mereka takut jika terlalai dalam solat mereka.

Hadir di kepala kisah Imam As Syafie yang tidak membaca doa qunut ketika solat subuh kerna menghormati mazhab imam Hanafi. 

Cantiknya Islam jika kita memahami fiqh!

Karya HANNAN H.

Kemenangan Islam

Al-Syahid Sayyid Qutb pernah menyatakan :

KENAPA LAMBAT DATANGNYA KEMENANGAN TERHADAP UMAT ISLAM ?

1. Untuk mengeluarkan mereka yang zalim daripada kezaliman yang pernah dilakukan sehinggalah mereka menyatakan : "Tuhan aku adalah Allah"

2. Bagi membina kematangan bagi umat Islam dan menyempurnakan umat yang benar-benar beriman kepada Allah.

3. Sehingga dapat menyatukan seluruh umat Islam dalam satu fikrah dan tindakan.

4. Supaya menjadi medan latihan dan ujian terhadap mereka yang menyatakan : "Aku pejuang Allah".

5. Agar jelas tujuan dan tindakan hanya tulus ikhlas semata-mata kerana Allah dan kalimah Allah tertegak diatas muka bumi.

6. Untuk membina jatidiri umat Islam yang tulen dan solid dengan fikrah Islam yang syumul.

7. Supaya seluruh permukaan bumi dan ceruk dunia bersih daripada kemungkaran dan maksiat manusia kepada Allah.

8. Bagi membina sebuah ketamadunan ummah yang disinari dengan sinar cahaya keadilan, kebaikan dan kemuliaan daripada pemimpin yang benar-benar mengikut manhaj dan dustur daripada Al-Quran dan Al-Sunnah.

* Diringkaskan daripada kitab "لماذا يتأخر النصر؟" karangan al-Syahid Sayyid Qutb (pengarang Tafsir Fi Zilalil Quran)

Politik

Seorg guru bertanya pd murid2 kelasnya. Siapa yg menyokong umno spt cikgu sila angkat tangan.

Semua murid mengangkat tangan mengikut cikgu mrk dgn harapan mudah mendapat perhatian dari cikgu mrk nanti kecuali Ammar.

Cikgu itu bertanya kpd Ammar kenapa awak tak sama dgn rakan sekelas awak? Ammar menjawab sebab beliau memang tak sokong umno.

Cikgu tanya lagi kenapa awak tak sokong umno? Ammar jawab saya sokong PAS.

Cikgu tanya lagi kenapa awak sokong PAS? Ammar jawab sebab ummi saya org PAS dan abah saya pun org PAS, maka jadilah saya org PAS.

Sakit hati dgn jawapan Ammar, lantas cikgu itu bertanya lagi kalau ummi awak org bodoh dan abah awak org bangang, maka awak akan jadi apa?

Dengan tersenyum lebar dan yakin Ammar menjawab maka tentu saya jadi penyokong umno.