Pages

please like my fan page :)

gaza need support from yours

gaza need support from yours
Muslim Care Malaysia Society

fuhh!!skolah aq msok paper

ini aq amek at utusan.com.my:-

Aliran agama mampu catat 9A

Muhammad Faizie Mohd. Ghazali dijulang oleh rakannya yang turut mendapat keputusan cemerlang dalam PMR selepas diumumkan di SM Tahfiz al-Quran Chenderah, Jasin, Melaka, semalam.


JASIN 23 Dis. - Seorang pelajar tahfiz Sekolah Menengah Tahfiz al-Quran Chenderah di sini, Muhammad Faizie Mohd. Ghazali berjaya membuktikan dia mampu memperoleh 9A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) biarpun dalam aliran agama.
Muhammad Faizie, 15, memperolehi 9A pada PMR yang diumumkan hari ini dengan mendapat A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup, Pendidikan Agama dan Bahasa Arab.
Menurutnya, dia tidak menyangka memperolehi keputusan tersebut memandangkan dia hanya mampu mendapat 5A 3B dan 1C pada peperiksaan percubaan PMR lalu.
''Saya mendapat B dalam tiga mata pelajaran iaitu Geografi, Bahasa Inggeris dan Matematik manakala C bagi mata pelajaran Sains namun Alhamdulilah, berkat dorongan ibu bapa dan guru, saya berjaya meraih keputusan cemerlang ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui, di sini hari ini.
Remaja itu yang bercita-cita menjadi usahawan pengusaha pusat tahfiz berkata, dia hanya mengamalkan hafalan al-Quran dan puasa sunat setiap hari bagi melengkapkan persiapan dirinya menduduki PMR.
Anak kedua daripada tujuh beradik pasangan Mohd. Ghazali Aman, 42, dan Fauziah Ismail, 41, itu berkata, kejayaannya tersebut berkat dorongan daripada kedua ibu bapa yang tidak pernah jemu memberinya sokongan moral untuk berjaya dalam peperiksaan.
Muhammad Faizie antara 39 pelajar sekolah tersebut yang menduduki PMR lalu dengan empat pelajar mendapat 8A dan sembilan orang lagi memperolehi 7A.
Turut berkongsi kegembiraan dengan Muhammad Faizie mendapat keputusan cemerlang dalam PMR ialah seorang anak anggota tentera Kem Sungai Udang di sini, Ahmad Aliff Kosim.
Kata Muhammad Faizie, kejayaannya meraih keputusan 8A amat tidak disangka kerana dia hanya mampu meraih 3A 6B pada peperiksaan percubaan lalu.