Pages

please like my fan page :)

gaza need support from yours

gaza need support from yours
Muslim Care Malaysia Society

cinta

Assalamualaikum W.B.T

Cinta. Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu.

Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan.


Kebelakangan ini, ramai manusia seringkali berdoa kepada Allah tentang cinta, tentalng jodoh, tentang hal-hal duniawi. Mereka alpa untuk berdoa agar teguh hati mereka terhadapNya. Lupakah kita siapa yang rmenjadikan kita, siapa yang memberi kita bernafas, siapa yang beri kita udara. Istighfar banyak-banyak sahabat! Bersyukur pada Allah kerana memberi kita kesempatan sehingga hari ini. 

Ubah matlamat hidup, hidup bukan kerana dunia, harta benda, manusia tetapi ingat kerana Allah. Sentiasa tanam dalam hati bahawa tiada tuhan melain Allah. Ingatlah, ikut dunia akhirat tak dapat. Tetapi kalau ikut akhirat, pasti dunia ikut sekali insyaAllah :D