Pages

please like my fan page :)

gaza need support from yours

gaza need support from yours
Muslim Care Malaysia Society

pemimpin

    Seorang sahabat yang menjadi YB di iraq ingin meletak jawatan sebagai pemimpin, kerana tidak sanggup melihat rakyatnya hidup mewah. Akhirnya, sahabat ini menulis sepucuk surat sebagai bukti beliau ingin meletak jawatan. Lalu beliau balik ke madinah al-munawarah serta berjumpa dengan Umar Al-Khatab. 

   Apabila terserempak dengan Umar Al-Khatab, Umar Al-Khatab terus bertanya khabar kepada beliau. Apa khabar? Macam mana anta? Lepas sembang sembang dan sembang, sahabat itu menyatakan bahawa beliau telah meletak jawatan sebagai pemimpin di iraq. Lalu umar pun bertanya, kenapa? Lalu sahabat tadi menjawab, "Aku tidak sanggup melihat rakyat iraq yang sudah mula hidup bermewah-mewahan tetapi aku maintain je duduk rumah kecil, ada seekor unta. Aku bimbang kalau aku ubah cara hidup aku, aku tak kan berjumpa dengan Rasulullah, oleh itu aku letak jawatan". Lalu umar menjawab, "Orang macam kau ni lah yang sepatutnya ditambahkan lagi kontraknya menjadi pemimpin, maka kau wajib ikut arahan aku, aku keluarkan watikah dan kau balik semula ke iraq untuk menjadi pemimpin untuk satu penggal lagi". 

   Apabila sahabat itu mendengar Umar berkata begitu, lalu di menjawab. "Aku minta dengan nama Allah, jangan kau fitnah aku dengan jawatan ini". Lalu umar menjawab, "Ini arahan aku sebagai khalifah, kau wajib ikut, balik ke iraq memerintah". 

   Lalu sahabat itu terus nangis apabila kontraknya ditambah kerana takut dengan beban menjadi pemimpin seraya dia berdoa kepada Allah, "Ya Allah jangan kau kembalikan aku ke iraq, jangan kau kembalikan aku ke iraq dan jangan kau kembalikan aku ke iraq". Beberapa ketika di luar madinah, sahabat itu jatuh daripada kuda dan terus meninggal dunia di situ juga.

Inilah kisah orang dulu-dulu takut untuk menjadi pemerintah, ingatlah "kalau kita ingin menjadi pemimpin, Allah tidak akan bantu. Tetapi jika kita dilantik menjadi pemimpin, nescaya Allah akan bantu".

Dari Nabi saw. beliau bersabda: Kewajiban seorang muslim adalah mendengar dan taat dalam melakukan perintah yang disukai atau pun tidak disukai, kecuali bila diperintahkan melakukan maksiat. Bila dia diperintah melakukan maksiat, maka tidak ada kewajiban untuk mendengar serta taat. (Shahih Muslim)

Dari Nabi saw. beliau bersabda: Sesungguhnya seorang pemimpin itu merupakan perisai, rakyat akan berperang di belakang serta berlindung dengannya. Bila ia memerintah untuk takwa kepada Allah azza wa jalla serta bertindak adil, maka ia akan memperoleh pahala. Namun bila ia memerintah dengan selainnya, maka ia akan mendapatkan akibatnya. (Shahih Muslim)